KENAPA PERLU ADA WASIAT?

1. Tempoh pengurusan / pentadbiran / pengagihan harta pusaka:- Dengan wasiat > Purata 6-8 bulan & Tanpa wasiat > Purata 5-30 tahun
2. Persepakatan waris :- Dengan wasiat > Dapat dicapai & Tanpa wasiat > Jarang dapat dicapai
3. Cara pembahagian dan peruntukan harta pusaka:- Dengan wasiat > Arahan jelas & Tanpa wasiat > Waris bertelingkah
4. Perlindungan hak anak-anak bawah 18 tahun:- Dengan wasiat > Hak dan kebajikan terpelihara & Tanpa wasiat > Hak anak-anak tidak mungkin tercapai
5. Perlindungan harta sepencarian pasangan:- Dengan wasiat > Pasangan mendapat hak dengan cepat & Tanpa wasiat > Pasangan terpaksa menuntut hak dan proses ini memakan masa yang lama
6. Kesinambungan perniagaan:- Dengan wasiat > Perniagaan dapat diteruskan seperti biasa & Tanpa wasiat > Risiko untuk perniagaan ditamatkan kerana pertelingkahan waris

WASIAT & HIBAH UNTUK ORANG ISLAM

Fungsi wasiat Islam. Fungsi utama dokumen wasiat Islam ialah memperuntukkan sebahagian daripada harta pusaka untuk tujuan beramal jariah. Peruntukan ini tidak boleh melebihi 1/3 daripada harta pusaka untuk diberikan kepada bukan waris. Peruntukan ini juga perlu di tolak terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris yang berhak dilakukan.

Fungsi hibah. Fungsi utama hibah adalah untuk memberikan harta kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa boleh dicabar oleh waris yang lain. Hibah dibuat semasa hidup tetapi pertukaran hak milik dibuat selepas kematian

PROGRAM BISNES WASIAT ARB-WMSB

PROGRAM TERKINI DI SHAH ALAM

12 JANUARI 2008

9:00pg - 12:00 tgh

DEWAN SEMINAR
WARISAN MUKMIN SDN BHD
NO 10A TINGKAT 1
JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH 9/A
SEKSYEN 9, SHAH ALAM

masuk percuma
sila gunakan kod jemputan PK 053 utk masuk.

EKSTRAK PENULISAN OLEH WMSB DI BISNESWASIAT, YAHOO GROUP

DISKRIPSI

Anda kini berpeluang untuk menjadi Perunding Profesional dan Bertauliah untuk memasarkan produk Wasiat AmanahRaya (ARB) untuk Wasiat Islam dan Bukan-Islam melalui satu program keusahawanan dalam bidang penulisan Wasiat iaitu "Program Bisnes Wasiat AmanahRaya" anjuran Warisan MUKMIN Sdn Bhd (WMSB) dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (ARB).Antara objektif program ini ialah untuk membuka peluang kepada orang ramai menceburi bidang penulisan Wasiat sebagai satu kerjaya murni yang bukan sahaja merupakan satu usaha dakwah, malah ia juga dapat memberikan pulangan yang lumayan. Dengan kewujudan lebih ramai para perunding wasiat profesional melalui program ini, diharapkan akan dapat menggalakkan lebih ramai lagi yang akan melaksanakan perancangan harta melalui penulisan wasiat sebagai suatu kaedah mudah dan berkesan bagi mengelakkan daripada berlakunya pembekuan harta.Apa yang paling menarik mengenai program ini ialah ia disokong penuh oleh AmanahRaya (ARB) sebagai Prinsipal Utama.

POTENSI PASARAN
Oleh kerana bidang penulisan wasiat ini masih amat baru di negara ini, maka pasaran untuk diterokai adalah teramat luas. Berdasarkan statistik semasa, setakat ke hari ini hanya terdapat sebanyak 100,000 wasiat ditulis di Malaysia berbanding lebih daripada 10 juta orang dewasa yang berpotensi untuk menulis wasiat. Daripada jumlah wasiat yang ditulis tersebut hanya 20% sahaja ditulis oleh orang Melayu/Islam.Ini bermakna kini hanya baru 1% orang yang menulis wasiat, iaitu terdapat lebih daripada 99% lagi pasaran berpotensi yang belum diterokai.Melalui ‘Program Bisnes Wasiat AmanahRaya’ ini, terdapat tiga tahap keahlian iaitu: Perunding Eksekutif (PE), Pengurus Kumpulan (PK) dan Wakil (WL).Diharapkan program ini akan dapat menarik lebih ramai rakan-rakan perunding yang bersedia untuk bersama-sama kami dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan wasiat.
Salam Hormat,

WARISAN MUKMIN SDN BHD
Rakan Korporat AmanahRaya (EK-031)

PROGRAM BISNES WASIAT ISLAM ARB-WMSB

TARIKH : 12 JANUARI 2008
HARI : SABTU
MASA : 8.00 -10.00 mlm
TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA
LOT PTB 17648
JALAN LANGKASUKA
80350 LARKIN
JOHOR BAHRU

MASUK PERCUMA
KOD JEMPUTAN PK053

*SILA E-MEL NAMA DAN NO HP ANDA KE urusharta@bluehyppo.com / SMS KE 0136292385 UNTUK PROSES PENDAFTARAN.

PENGENALAN

LAMAN BLOG INI TELAH DIDIRIKAN KHUSUS UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT TERKINI OLEH RAKAN NIAGA KAMI WARISAN MUKMIN SDN BHD (WMSB).

WARISAN MUKMIN TELAH MENGANJURKAN PROGRAM BISNES WASIAT ISLAM ARB-WMSB. INI MERUPAKAN SATU PROGRAM KEUSAHAWANAN USAHASAMA DI ANTARA AMANAH RAYA BERHAD (ARB) DAN WMSB. PROGRAM INI MEMBERI PELUANG KEPADA USAHAWAN/BAKAL USAHAWAN UNTUK MENCEBURKAN DIRI DI DALAM SALAH SATU CABANG PERNIAGAAN PENGURUSAN HARTA MENURUT CARA ISLAM IATU PENULISAN WASIAT TERAKHIR .

SILA SERTAI KAMI KUMPULAN 'URUSHARTA MUSLIM' DENGAN MENGHADIRI SEMINAR YANG AKAN DISAMPAIKAN DARI MASA KE SEMASA.