EKSTRAK PENULISAN OLEH WMSB DI BISNESWASIAT, YAHOO GROUP

DISKRIPSI

Anda kini berpeluang untuk menjadi Perunding Profesional dan Bertauliah untuk memasarkan produk Wasiat AmanahRaya (ARB) untuk Wasiat Islam dan Bukan-Islam melalui satu program keusahawanan dalam bidang penulisan Wasiat iaitu "Program Bisnes Wasiat AmanahRaya" anjuran Warisan MUKMIN Sdn Bhd (WMSB) dengan kerjasama Amanah Raya Berhad (ARB).Antara objektif program ini ialah untuk membuka peluang kepada orang ramai menceburi bidang penulisan Wasiat sebagai satu kerjaya murni yang bukan sahaja merupakan satu usaha dakwah, malah ia juga dapat memberikan pulangan yang lumayan. Dengan kewujudan lebih ramai para perunding wasiat profesional melalui program ini, diharapkan akan dapat menggalakkan lebih ramai lagi yang akan melaksanakan perancangan harta melalui penulisan wasiat sebagai suatu kaedah mudah dan berkesan bagi mengelakkan daripada berlakunya pembekuan harta.Apa yang paling menarik mengenai program ini ialah ia disokong penuh oleh AmanahRaya (ARB) sebagai Prinsipal Utama.

POTENSI PASARAN
Oleh kerana bidang penulisan wasiat ini masih amat baru di negara ini, maka pasaran untuk diterokai adalah teramat luas. Berdasarkan statistik semasa, setakat ke hari ini hanya terdapat sebanyak 100,000 wasiat ditulis di Malaysia berbanding lebih daripada 10 juta orang dewasa yang berpotensi untuk menulis wasiat. Daripada jumlah wasiat yang ditulis tersebut hanya 20% sahaja ditulis oleh orang Melayu/Islam.Ini bermakna kini hanya baru 1% orang yang menulis wasiat, iaitu terdapat lebih daripada 99% lagi pasaran berpotensi yang belum diterokai.Melalui ‘Program Bisnes Wasiat AmanahRaya’ ini, terdapat tiga tahap keahlian iaitu: Perunding Eksekutif (PE), Pengurus Kumpulan (PK) dan Wakil (WL).Diharapkan program ini akan dapat menarik lebih ramai rakan-rakan perunding yang bersedia untuk bersama-sama kami dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan wasiat.
Salam Hormat,

WARISAN MUKMIN SDN BHD
Rakan Korporat AmanahRaya (EK-031)

No comments: